Orkid Abdullah
Orkid Abdullah

Orkid Abdullah

Datin Orkid Abdullah merupakan seorang penyanyi yang menjadi pujuaan ramai pada era 60-an dan 70-an. Semasa hayatnya, ramai yang cukup mengenalinya sebagai seorang penyanyi. Sebelum beliau mencebur bakat dalam bidang seni, beliau pernah bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Sri Mersing, Mersing, Johor.Minat dan bakatnya dalam bidang nyanyian mula timbul sejak Allahyarham mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Harian di Johor sekitar tahun 60-an. Pada masa itu, Orkid sekadar memenuhi undangan membuat persembahan pada hari cuti memandangkan beliau mahu memberi sepenuh tumpuan kepada pengajiannya di maktab tersebut.Apabila bergelar seorang guru, minatnya terhadap bidang nyanyian masih tetap diteruskan. Bagaimanapun, tanggungjawabnya untuk mendidik anak bangsa tidak pernah diabaikan sepanjang menjadi guru selama 20 tahun.Sepanjang bergelar anak seni, beliau sempat melahirkan tujuh buah album serta sering membuat persembahan dengan Les Coasters, sebuah kumpulan kugiran yang cukup popular pada era tersebut. Orkid Abdullah dikenali melalui lagunya Penawar Rindu, Carilah Ganti dan Idaman Dara. Setelah tidak aktif lagi dalam bidang nyanyian, Allahyarham kemudiannya menghabiskan waktu terluangnya dengan menganggotai kumpulan Kawan, yang diketuai oleh Datin Azizah Mohamad (isteri Datuk A. Rahman Hassan), ia adalah sebuah kumpulan marhaban yang turut dianggotai oleh ramai artis veteran tempatan.Datin Orkid menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat akibat menderita penyakit ketumbuhan hormon yang tidak stabil sejak tiga tahun sebelumnya, pada usia 64 tahun, Allahyarham meninggalkan seorang suami iaitu Datuk Mokhtar Omar, 70, serta empat orang anak iaitu Nur Shalina, Md. Nor Shareen, Noor Shafri Mokhtar, dan Nur Shafinaz.

Orkid Abdullah

Dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Keramat AU1
Pekerjaan Penyanyi
Pasangan Datuk Mokhtar Omar
Meninggal dunia 13 May 2011
Hospital Ampang
Warganegara  Malaysia
Sebab kematian Ketumbuhan hormon yang tidak stabil atau paraganglioma
Kediaman Keramat Selangor